Sunday, March 28, 2010

Tuan Guru Nik Aziz Ingin Berundur ??


KOTA BAHARU: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan merasa bahagia jika tidak lagi dilantik sebagai Mursyidul Am Pas.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata bahawa dalam Pas, ramai calon yang layak untuk menggantikannya dan bukan hanya diri beliau sahaja yang layak.
Ia ditambah pula dengan pengakuan beliau sendiri bahawa rekod kehadiran beliau tidak memuaskan untuk menghadiri program di luar Kelantan termasuk menghadiri mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas yang lebih banyak diwakilkan kepada timbalannya Datuk Dr Harun Din.
"Rekod kehadiran saya memang buruk dan mungkin barangkali timbullah ... lebih baik ambil orang yang sihat," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Nik Aziz diminta mengulas mengenai spekulasi bahawa beliau dijangka tidak akan dikekalkan sebagai Mursyidul Am Pas untuk tempoh lima tahun lagi, yang keputusan mengenainya akan diputuskan Majlis Syura Isnin ini.

Ditanya bagaimana pula sekiranya beliau terus dipilih, beliau berkata "jika dilantik lagi, ambo (saya) terima, tetapi itulah saya payah nak hadir mesyuarat."
Beliau turut menyambut baik saranan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya ditukar prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan kepada Kepercayaan Kepada Allah.
Nik Aziz berkata perkataan Allah lebih jelas maksudnya.
"Semua agama guna Tuhan dan Allah itulah Tuhan yang sebenar," katanya.
Mengulas mengenai pendedahan Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin bahawa Zulkifli ditawarkan ganjaran besar untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, beliau berkata Zulkifli wajar membuat laporan kepada polis dan bukan sekadar membuat pendedahan.
"Kalau saya tahu perkara macam itu, saya akan buat laporan polis dan serah sahaja kepada polis untuk menyiasatnya," katanya. - BERNAMA
******
Ini bukan kali pertama beliau nyatakan hasrat untuk berundur .. wa dah follow Tok Guru dari semenjak hari pertama beliau di masyurkan sebagai MB Kelantan - 1990 .  Ketokohan beliau dalam bidang agama & politik memang tak dapat disangkal . Peluang utk menjadi pengiring Tok Guru beberapa kali ketika beliau datang ke Kuala Lumpur & Subang Jaya sekitar awal 2000 cukup untuk wa mengetahui tahap kesihatan Tok Guru . Beliau sering menolak untuk dicalonkan semula tapi sentiasa patuh kepada keputusan Majlis Syura` .. dan itulah Tuan Guru yg wa kenal . Mungkin wa akan terasa kehilangannya .. namun Tok Guru juga perlu utk menjaga kesihatannya sendiri disamping meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga yg tersayang  .. InsyaAllah PAS tak pernah kekurangan pimpinan yg mempunyai wibawa dan wa harap .. sekiranya terjadi penggantian .. calonnya dapat sehebat Tok Guru . Moga Tok Guru terus diberikan kesihatan .. Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Search This Blog